Wednesday, April 20, 2016

XIAN PRE-TRIP

Assalamualaikum,


Lama gile tak update. Biasa la blog ni update bila ada masa lapang *baca bila ada mood je. So kali ni iols nak cerita pasal trip ke Xian China. Plan dah lama mengidam nak pergi xian ni of course la sebab nak tengok Terrcota Army. Tahun lepas lepas balik Canada belek belek website pak tony. ada buat sale ke Xian, Just try my luck belek belek tekan bulan 4 sekali dapat harga murah gila la kot RM 385 return seorang. Gile murah weh sebab selama ni aku dok check harga dia paling murah penah dapat 700++ ke 1000 kot. Terus roger partner in crime macam biasa paksa dia suruh setuju. Dan alhamdulillah we are going to Xian end of march 2016!




Start dah beli tiket memang excited la sangat cari info pasal Xian ni. Memang banyak Malaysian yang dah sampai sana secara backpack. So tak risau sangat la lagi lagi makanan halal senang nak cari. Start daripada tu dah mula berangan ko!

Alkisahnya dalam 2 minggu sebelum hari keberangkatan tiba tiba dapat info aku kena pergi bengkel kat putrajaya!!!! Huwaaaaaaaaaaa bengkel tu tukar tarikh kpd tarikh aku nak travel ke china. Masakkkkkk dah la visa tak apply lagi. Memang saja nak apply lewat skit atleast 2 minggu before fly ke camtu. Gedebak gedebuk nasib baik ada orang boleh ganti huhuhuhu alhamdulillah.....


Nak ke china kena apply visa ye. Ni kali kedua aku apply visa ke china. Pertama kali masa transit di shanghai trip canada tahun lepas. So dah tau la macam mana nak buat and apa prosedur. Senang je nak apply visa china ni. Pergi website Chinese Visa Application Centre isi borang dalam tu atau boleh print borang dan isi manual. Lepas dah siap isi sediakan dokumen dokumen yang diperlukan seperti gambar berukuran passport latar belakang putih, itinerary flight, hotel booking, RM 80 application fee, paaport yang valid lebih dari 6 bulan dan dokumen sokongan lain. 




Dah siap boleh submit sendiri ke alamat di bawah:


Address: Level 5 & 6, Hampshire Place Office, Jalan Mayang Sari, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia
Business hours:
Business Hours:Monday-Friday. Closed on Saturdays,Sundays and Public Holidays.
Submission of applications: 9:00 to 15:00.


Payment and collection: 9:00 to 16:00.


Contact information 
Call: 603 2176 0888    
Fax: 603 2161 2234

 Aku suruh partner  in crime submitkan semua. So far tak ada masalah, boleh siap dalam masa 4 hari bekerja.

Dah siap akan kelihatan macam ni la, tapi ni yang tahun lepas punya.

Settle bab visa, now persiapan barang yang nak di bawak bersama. Trip ni kena consider banyak perkara jugak memandangkan kami pergi end of march dan baru nak masuk spring. So suhu masih sejuk lagi time ni low 9 degree and highest dalam 19 degree la. Tapi 2 hari last tu suhu dia around 25degree jugak.Yang best kalau sejuk ni dah sah la baju tak busuk *baca kotor sangat kan so boleh pakai lama. Baju yang aku bawak takde la beriye benor tebalnye berbulus che ta  bagai. Cukup setakat jaket jeans dan beberapa helai sweater. Dengan suhu sejuk yang kami masih boleh bertoleransi.

Bab makan pulak aku memang tak risau kebuluran sebab Xian terkenal dengan populasi masyarakat islamnya. Pendek kata memang tak susah nak cari makanan halal cuma kena selera ke tak je la. Tapi aku spare jugak masak sambal ikan bilis mana tau kot lapo ke apa malam malam kan. 

Ni bukan gambar sambal ikan bilis tu, ni gambar internationall plug yang aku kena hangkut. China pakai 2 pin plug ye.

Sebelum kita keluar negara pastikan kita amik travel insurance. Ye la sekarang ni orang travel oversea macam-macam jadi khennn. So beringat la sebelum jadi apa-apa. aku pikir satu je klo aku mati ke ape kat tempat orang tamao la aku kena tanam kat sana. So nak bawak balik ke apa contoh kalau jatuh sakit ke or emergency kat tempat orang at least ada insurance nak cover. Kalau bayar sendiri mau puluh puluh ribu tu huhu. Even sekrang ni aku pergi indon je pun aku gigih jugak ambik travel insurance hokeyh. Walaupun percutian bajet keselamatan dan persediaan awal haruslah diutamakan ye hadek hadek. Untuk trip kali ni aku ambik insurance dengan pak tony je la senang cerita. HargaRM 50.

Itu je kot rasanya persediaan untuk trip yang agak mega untuk tahun ni. Disamping persediaan barang barang nak bawak dan ikut segala prosedur yang paling penting banyakkan membaca la blog blog orang. Kena banyak baca sebab kami akan guna banyak pengangkutan awam lebih lebih lagi bas tambahan pula deme kurang reti speaking english uols. Tapi jap jap lagi ade jela dramanye jangan risau kekekeke.

Selain itu apa yang aku selalu amalkan sebelum  travel inform family semua dulu mintak diaorang doakan perjalanan aku. Sentiasa update diaorang kat mana dah aku ni buat apa semua semoga doa doa diaorang sentiasa mengiringi perjalanan ku insyaallah aaminnn...