Tuesday, May 10, 2016

XIAN PART 2: TERACOTTA ARMY

Assalamualaikum donia,

Pagi tu kami bangun seawal pagi mandi menggigil gigil kesejukan. Today is the day la sebab kami nak pergi highlight of the trip yakni Terracotta Army. Kena keluar awal sebab kawasan tu luar dari bandar Xian. Kena travel jauh jugak dan kami nak naik bas. Karang nak melayan adegan sesat lagi baik lah keluar awal. Sejuk-sejuk pagi tu kami nak pergi tunggu bas ke railway station untuk ambik bas ke Terracotta Army. Dekat sini ada 2 railway station. Satu main train station satu lagi north railway station, nak tunggu bas ke terracota  pergi main railway station. Berbekalkan map dari hotel kami pon berjalanla ke stesen bas. 
Yakin gile ni.
On the way ke stesen bus.

Kat tempat yang cakap macam ayam itik ni tak usah la beriya nak speaking deme bukan paham. Nak senang tunjuk je map yg bagitau nama tempat tu. Kalau driver bas tu angguk so betul la bas tu menuju ke destinasi. Masa kami naik bas tu driver tu angguk dan terus la masukkan tambang bas dalam tabung sebanyak 2 yuan sekali naik *aku tak ingat sangat yang ni berapa sebenornye. Kalau ikut map tak jauh pon railway station tu dekat je dan last destination tapi awat tak sampai-sampai ni. Sudah cuak dah. Dalam hati aku hurmmmm confirm sesat dah la ni. Adoi lantak la…kami decide nak layan kan je route bas ni nanti karang berhenti je kat last stop naik balik la sampai ke hujung pulak. Jangan bas ni bawak ke beijing sudah. Free tour la pagi tu

Layankan pemandangan bandar xian. Kami tersesat sampai keluar kawasan tembok.
Turun dari bas pergi dekat bus driver dia gelak je bagitau kami dah sesat, pergi naik bas patah balik.
Sesat barat celah bedah memang asam garam travel maka bergembiralah tak payah nak bajet dirundung malang sangat.

Sampai pon dekat railway station. Tempat tunggu bas ke terracotta ni betul-betul dekat tembok city wall ni dan depan China Post. Kalau Nampak orang beratur ramai-ramai terutama sekali Nampak mat saleh join je la deme beratur confirm nak pergi tempat sama. Lagi satu nanti diaorang akan sebut perkataan ‘MA’ maksudnya kuda. Maksudnya tu tempat orang tunggu bas nak pergi Terracota la tu. Naik bas 5(306).
Depan tu bangunan China Post
Dipersilakan masuk barisan dik. 

Lama jugak la perjalanan nak ke kawasan terracotta ni. Bangun tido bangun pon tak sampai-sampai.
Dekat sejam lebih macamtu sampai la kami dan bus akan drop dekat tempat parking. Ikut je orang jalan sampai la ke pintu masuk untuk beli tiket.
Luar kawasan beli tiket. Sejuk gila time ni rasa nak beli sarung tangan je.
Yeay dapat tiket. Dream come true katanya. Lama dah aim nak pergi Xian ni sebab Terracota army ni la. Takpe tengok jap lagi apa jadi dekat makcik makcik ni.

Lepas dapat tiket kami ambik shuttle nak ke pintu masuk utama. Kalau nak jalan kaki mau patah sebab boleh tahan jauh jugak. Lepas turun shuttle tu kena jalan lagi sampai la ke pintu masuk. Tu pun rasa dah lama benor berjalan tak jumpa-jumpa pintu masuknya.
Yang membuat perjalanan makin jauh adalah makcik-macik ni sibuk nak berenti bergambar. Banyak bunga cantik ala-ala sakura yang berterbangan bila ditiup angin. Excited dekat situ je dah lama dah. 

Sampai dekat pintu masuk kami kne decide nak masuk pit mana dulu sebab di sini ada 4 pit. Mengikut pembacaan blog disarankan mula dengan pit 4 seterusnya dan last skali baru masuk satu untuk menerbitkan perasaan wow. Kami tak masuk pon pit 4 sebab kosongkan so mula dengan pit 3.Tapi masalahnya disini keterujaan makcik makcik bukan lagi pada patung tu. Tapi dah tak sabor nak bergambor dengan bunga-bungaan…choii ke tidak

Diringkaskan cerita kami masuk jenguk pit-pit tu semua dan paling banyak buang masa dekat pit 1 jela sebab tu yang paling wow. Malas nak cerita apa kisah pit-pit yang ada ni sebab sebelum datang sini aku dah lebam baca kajian sejarah tempat ni. So aku datang sini just nak seeing is believing je lantak situ kikikiki.

Layankan gambar dalam pit 1 dan kawasan terracotta army ni. 


Lepastu melebam ambik gambar dengan bunga pulak 
Kelas kan maria. 
Sebab ambik gambar dengan bunga cantik diri ini pon terasa la sedikit cantik.

Dalam area ni takde jumpa tempat makan halal so kami memang dah siap salat roti dengan sambal ikan bilis buat bekal makan. Punya la sejuk cuaca smpai ikan bilis pon jadi keras kejung beku. Sakit gigi kaka.

Dah puas rasanya duduk dalam tu kami pon beransur la balik ke tempat tunggu bas. Bye-bye terracotta army. Cukup la datang sekali je. Nak datang banyak-banyak kali buat pe hehehe
Balik ke bandar Xian ke muslim quarter sekali lagi jalan-jalan makan-makan lepastu balik ke Hantang House. Sederet dengan Hantang House ada satu restoran muslim halal yang recommended by Malysian. Dekat situ dapat la tengok dia tarik mee secara live.
Menu tunjuk je la gambar. Kang cakap lebih-lebih bila ko nak makan dik…

Portion punya la banyak. Kami order mee Tarik dengan nasik. Memang kenyang gile dan murah le jugak dari restoran dekat muslim quarter tu.

Balik bilik, mengurut kaki dan tido……

Friday, May 6, 2016

XIAN PART 1 : MUSLIM QUARTER AND GREAT MOSQUE

Assalamualaikum,

Nak cite pasal trip Xian yg dah berkurun ni. Biasa la sebelum trip dimulakan dengan drama. Tetiba kena pergi kursus. Satu jari je pon nasib ada orang boleh gantikan, kalau tak pening huhuhu

Kami punya flight petang, sebelum boarding macam biasa la penuhkan perut dulu. Aku kalau kat KLIA2 suka bebenor makan TEXAS CHICKEN tak tau ngape. Kat sini je aku rasa sedap. Tempat lain tak boleh makan.

Lepas verify passport pelbagai * kena verify dekat kaunter sebab dia nak check visa dulu. Menapak la kami ke boarding gate.

Sedikit into berkenaan Xian. Xian ni merupakan bandar yang dikelilingi tembok 4 segi *rujuk gambar dibawah. *ye memaang sedikit sungguh info ni nak banyak-banyak sila google je hihihi
Ada 2 perkara membuat aku excited nak pergi Xian ni:

1. Terracota army of course
2. Islam in Xian.

Sampai Xian dah malam. Kami memang dah siap book transport dengan Hantang House sebab sampai dah malam kan. Mana la nak menggagau cari bas malam-malam buta nak oi dah la sejuk gillss malam tu 9 degree tak silap. Kluar airport jalan nak ke kereta sejuk masuk smpai dalam seluar. Cakap je kat hotel nak suruh diaorang jemput kat airport dan bayor je la.


Yang kelakor nye tengok diaorang tulis nama aku macam mana. Banyak nye 'zzzz'

Tempat kami tinggal sepanjang 3 hari 4 malam. Hantang House. Hantang ni ada dua satu Hantang Inn satu Hantang House.

Tempat tidur best kami untuk 3 malam. Hotel ni book dekat booking.com je. Tapi make sure kena book awal.

Ok Good Night *zzzzz

Pagi tu dalam kesejukan ya amat masing-masing bergulung dalam selimut je tanak bangun. Bukak tv macam syok je tgk cite cina. Pukul 11 macam tu baru reti nak gerak bangun dari katil pergi mandi pelbagai. Kami punya plan hari tu nak jalan-jalan area muslim quarter, tengok great mosque, lepas tu makan makan dan makan lagi sampai pengsan.

Jarak perjalanan dari hantang house ke muslim quater lebih kurang 20 min la jugak kalau jalan kaki santai-santai. Dari Hantang House ikut je signboard Bell Tower nak ke muslim quarter. 

On the way ke muslim quarter banyak spot cantik nak ambik gambar. Ke kami je yang rasa tempat tu cantik orang situ tak kisah pon kikiki. Musim bunga kan so banyak la bunga bertebaran.

Sepanjang jalan. Berapa tahun nak sampai keje nak bergambor je. Orang situ tak heran pon. Sorry pakcik tempat kami ade bunga kertas je.

Bell tower, ada jalan underpass untuk ketengah ni, tak masuk pon amik gambar dari sini je, malas.

Kalau dah nampak Drum Tower ni maknanya dah nak sampai muslim quater la

 Muslim quarter

Jalan sepanjang muslim, nak cari masjid, pon ikut je signboard. Memang susah sikit la nak pergi sini sebab banyak lorong-lorong. Tapi insyaallah boleh jumpa kalau ikut signboard.`

Masjid besar Xian 

Perkarangan masjid
Main prayer hall
Dalam main prayer hall
Dinding prayer hall yang ditulis dengan ayat al-quran

Kagum betul dengan masjid ni. Rasa macam tengok cerita cina zaman dedolu tu. Subhanallah cantik macam dekat taman-taman syurga gitu. Syurga mesti lagiiiii cantik kan. Dalam ni pon banyak bunga cantik-cantik. Lama jugak luang masa kat sini. Ambik gambar sampai lebam dan singgah solat sekali.


Tolong ambikkan gambar orang. Diaorang ni excited nak ambik gambar kat sini sebab nampak kitorang tak sudah-sudah ambik gambar kat sini gaya mcam seronok sangat. 

Akak ni gemor benor dengan kami. Dok ajak bergambar dari dia free hair sampai la last-last dia pon sarung serokop sebegitu alhamdulillah dapat hidayah. Dia ingat kami sedara mara shila amzah kot. 

Ni antara makanan yang kami cuba kat muslim quater tu. Agak mahal le jugak sebenarnya. Nah tengok la gambar dan silakan terliur.
Main highlight dekat muslim quarter. Selama ni dok makan yang dekat salam noodles je kan. Yang kat sini boleh ulang makan sampai lebam.

Ni biase

Macam doh roti canai, dalam dia inti daging yg berjus sedikit. Bolehla.
Yang ni sedap gilsss hari hari pun duk ulang makan ni je siap bawak balik Malaysia tapau. Luar dia doh macam ubi pastu dalam dia inti mcm buah tin ke ape aku tak sure la tapi sedap tambah time panas-panas.

Sotong kurita bakar pedas.
Hamburger Xian. Dalam ada inti daging cincang. Punya la ramai orang beratur tapi tak sedap pon choi sedap lagi burger depan rumah aku.

 Nak beli ni siap kne ambik tiket
lagi.

Pisang sebijik goreng salut tepung goreng pisang je pun tapi mahai berdentum.

Kentang pedas. Sedap jugak.

Dekat muslim quarter ni jugak banyak restoran halal, kitorang teringin nak cuba dumpling dia yang nampak enak tu, try la masuk satu restoran ni. Duk makan sekali mutton stick kat restoran tu. 

Lepas lalu lalang 10 kali kat depan kedai ni kami decide nak masuk.




Order me tarik siat besar-besar ni dan dumpling sup ha... tengok tu stick cocok daging nye mak ai ngeri.

Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati balik hotel jalan kaki pastu kita tido.... aik pantun ke ni