Friday, May 6, 2016

XIAN PART 1 : MUSLIM QUARTER AND GREAT MOSQUE

Assalamualaikum,

Nak cite pasal trip Xian yg dah berkurun ni. Biasa la sebelum trip dimulakan dengan drama. Tetiba kena pergi kursus. Satu jari je pon nasib ada orang boleh gantikan, kalau tak pening huhuhu

Kami punya flight petang, sebelum boarding macam biasa la penuhkan perut dulu. Aku kalau kat KLIA2 suka bebenor makan TEXAS CHICKEN tak tau ngape. Kat sini je aku rasa sedap. Tempat lain tak boleh makan.

Lepas verify passport pelbagai * kena verify dekat kaunter sebab dia nak check visa dulu. Menapak la kami ke boarding gate.

Sedikit into berkenaan Xian. Xian ni merupakan bandar yang dikelilingi tembok 4 segi *rujuk gambar dibawah. *ye memaang sedikit sungguh info ni nak banyak-banyak sila google je hihihi
Ada 2 perkara membuat aku excited nak pergi Xian ni:

1. Terracota army of course
2. Islam in Xian.

Sampai Xian dah malam. Kami memang dah siap book transport dengan Hantang House sebab sampai dah malam kan. Mana la nak menggagau cari bas malam-malam buta nak oi dah la sejuk gillss malam tu 9 degree tak silap. Kluar airport jalan nak ke kereta sejuk masuk smpai dalam seluar. Cakap je kat hotel nak suruh diaorang jemput kat airport dan bayor je la.


Yang kelakor nye tengok diaorang tulis nama aku macam mana. Banyak nye 'zzzz'

Tempat kami tinggal sepanjang 3 hari 4 malam. Hantang House. Hantang ni ada dua satu Hantang Inn satu Hantang House.

Tempat tidur best kami untuk 3 malam. Hotel ni book dekat booking.com je. Tapi make sure kena book awal.

Ok Good Night *zzzzz

Pagi tu dalam kesejukan ya amat masing-masing bergulung dalam selimut je tanak bangun. Bukak tv macam syok je tgk cite cina. Pukul 11 macam tu baru reti nak gerak bangun dari katil pergi mandi pelbagai. Kami punya plan hari tu nak jalan-jalan area muslim quarter, tengok great mosque, lepas tu makan makan dan makan lagi sampai pengsan.

Jarak perjalanan dari hantang house ke muslim quater lebih kurang 20 min la jugak kalau jalan kaki santai-santai. Dari Hantang House ikut je signboard Bell Tower nak ke muslim quarter. 

On the way ke muslim quarter banyak spot cantik nak ambik gambar. Ke kami je yang rasa tempat tu cantik orang situ tak kisah pon kikiki. Musim bunga kan so banyak la bunga bertebaran.

Sepanjang jalan. Berapa tahun nak sampai keje nak bergambor je. Orang situ tak heran pon. Sorry pakcik tempat kami ade bunga kertas je.

Bell tower, ada jalan underpass untuk ketengah ni, tak masuk pon amik gambar dari sini je, malas.

Kalau dah nampak Drum Tower ni maknanya dah nak sampai muslim quater la

 Muslim quarter

Jalan sepanjang muslim, nak cari masjid, pon ikut je signboard. Memang susah sikit la nak pergi sini sebab banyak lorong-lorong. Tapi insyaallah boleh jumpa kalau ikut signboard.`

Masjid besar Xian 

Perkarangan masjid
Main prayer hall
Dalam main prayer hall
Dinding prayer hall yang ditulis dengan ayat al-quran

Kagum betul dengan masjid ni. Rasa macam tengok cerita cina zaman dedolu tu. Subhanallah cantik macam dekat taman-taman syurga gitu. Syurga mesti lagiiiii cantik kan. Dalam ni pon banyak bunga cantik-cantik. Lama jugak luang masa kat sini. Ambik gambar sampai lebam dan singgah solat sekali.


Tolong ambikkan gambar orang. Diaorang ni excited nak ambik gambar kat sini sebab nampak kitorang tak sudah-sudah ambik gambar kat sini gaya mcam seronok sangat. 

Akak ni gemor benor dengan kami. Dok ajak bergambar dari dia free hair sampai la last-last dia pon sarung serokop sebegitu alhamdulillah dapat hidayah. Dia ingat kami sedara mara shila amzah kot. 

Ni antara makanan yang kami cuba kat muslim quater tu. Agak mahal le jugak sebenarnya. Nah tengok la gambar dan silakan terliur.
Main highlight dekat muslim quarter. Selama ni dok makan yang dekat salam noodles je kan. Yang kat sini boleh ulang makan sampai lebam.

Ni biase

Macam doh roti canai, dalam dia inti daging yg berjus sedikit. Bolehla.
Yang ni sedap gilsss hari hari pun duk ulang makan ni je siap bawak balik Malaysia tapau. Luar dia doh macam ubi pastu dalam dia inti mcm buah tin ke ape aku tak sure la tapi sedap tambah time panas-panas.

Sotong kurita bakar pedas.
Hamburger Xian. Dalam ada inti daging cincang. Punya la ramai orang beratur tapi tak sedap pon choi sedap lagi burger depan rumah aku.

 Nak beli ni siap kne ambik tiket
lagi.

Pisang sebijik goreng salut tepung goreng pisang je pun tapi mahai berdentum.

Kentang pedas. Sedap jugak.

Dekat muslim quarter ni jugak banyak restoran halal, kitorang teringin nak cuba dumpling dia yang nampak enak tu, try la masuk satu restoran ni. Duk makan sekali mutton stick kat restoran tu. 

Lepas lalu lalang 10 kali kat depan kedai ni kami decide nak masuk.




Order me tarik siat besar-besar ni dan dumpling sup ha... tengok tu stick cocok daging nye mak ai ngeri.

Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati balik hotel jalan kaki pastu kita tido.... aik pantun ke ni




No comments:

Post a Comment