Monday, May 14, 2018

SEOUL KOREA PART 2: Gyeongbukgung palace and Itaewon.

Assalamualaikum, bersambung kita ke part 2 pengembaraan kakak sekeluarga ke Seoul. Biasa la travel beramai-ramai bersama orang tua dan kanak-kanak kecil ni memang jangan berharap lebih la. Just enjoy the journey dan tak payah nak rushing. Mana tempat yang dapat cover kita pergi. Kalau penat kita berhenti rehat. Itinerary memang bersusun la nak pergi tempat itu ini tapi kita pergi mana yang sempat je janji semua orang enjoy. Kakak pon tak kisah sangat sebab ni kali kedua ke Seoul. Dan masa trip ni pon kakak susah tersengaja beli tiket nak repeat lagi ke Seoul khas untuk trip merempan dan makan-makan bersama BFF ko mampoooo *mamposs  ahakss.

Keluar rumah aje sudah pukul 9 pagi, lepastu sakan nak bergambar lagi kan sebab kawasan ni memang cantik dan tenang sis. Moving around here aje sudah happy ahli rombongan kakak.


Jakun la ambil gambar keliling rumah. Depan dia ada taman tempat korean bersantai.
Untuk pergerakan menggunakan subway sepanjang di Seoul ni mudah saja uols. Kakak download saja apps Kakaometro. Bubuh je station mana korang start naik subway dan tujuan kemana. Contoh untuk ke Gyeongbukgung palace ni kami akan berhenti di Gyeongbukgung station. Dari Daeheung station (station paling dekat dengan rumah) ke Gyeongbukgung station dah dinyatakan dalam apps tu berapa line kena tukar, arah ke mana sekali dengan tambang. Mudah bukan! Cuma uols kena buat bacaan awal la pasal stop subway station yang uols tuju dan paling penting exit no berapa nak keluar sebab subway korea ni paling banyak exit. Kalau salah keluar exit masak le.
Lebih kurang macam ni la route dekat apps kakaometro tu. Lengkap dia bagi line apa nak kena naik berapa tambang dan jangkaan sampai. Pepandai la ko godek tak kan itu pon nak aja hihihi

Sampai di Gyeongbukgong station kami keluar di EXIT 5. Orang tidak la ramai sangat dan masa tu guard changing ceremony pon dah nak habis dapat tengok sekejap je. Untuk masuk boleh pergi beli tiket dulu berharga 3000 KRW. Kawasan istana ni memamng besar gila la dan kakak tak round habis pon sebab teman ayah yang tak larat nak jalan. Tak kisah sangat sebab dah pergi sebelum ni hihihi. Ahli rombongan yang lain je gigih round istana bersama free tour guide yang kami jumpa dekat subway station. Memang free sungguh sampai adik aku tips pon lupe nak bagi... kesian..
Guard changing ceremony

Ala-ala balai rongseri kot ni 

Banyak betul orang dok pakai hanbok jalan keliling palace sambil feeling2
Bagi kakak feeling kejap macam cerita iljimae.

Wajib bergambar dengan guard di luar kawasan istana.

The rombongan

Tak lama pon dekat sini sebab dah panas sikit time ni dan dah lapar. Lepas ambil gambar lebih kurang kami pon nak gerak ke itaewon untuk lunch. Dekat itaewon kakak memang teringin nak repeat makan dekat restoran Muree yang kakak pernah pergi dulu. Untuk kesini adalah jalan sehala dengan nak kemasjid. Keluar dari EXIT 3 itaewon station jalan je terus sampai jumpa Mr Kebab belah kanan. Lepas tu ambik kanan dekat simpang dan terus la mendaki. Muree Restaurant akan berada di sebelah kanan anda. Rindu betul nak makan Bibimbap dengan bulgogi dia. Tapi malangnya dah tak sebest dulu. Portion pun dah kureng uols. Setakat nak makan tu ok la. Kami semua order sorang satu meal masa tu sebab lapar. Harga wise memang kau ready la satu meal RM35-RM40.


Dekat sini pelayan dia orang melayu kita jugak. Student kot kakak tak tanya pulak. Rasa macam makan kedai tomyam tapi menu korea hahaha. Lepas dah kenyang makan kami teruskan perjalanan ke Seoul Grand Mosque. Dari Muree jalan terus lagi mendaki ke atas sampai pintu gerbang masjid.


 Jalan sampai nampak pintu gerbang ni.
 The rombongan lagi
Artistik tak cara kakak mengambil gambar.

Selepas selesai solat kami pon teruskan perjalanan nak menapau dinner di Th Halal Guys Pulak. Senang je nak nampak restaurant ni keluar dari exit 3 tadi jalan depan sikit akan nampak seberang jalan sana. Kedai ni dekat tingkat 2 tau. 


Sementara tunggu bebudak tapau makanan kita bersidai.

Petang tu kami plan dinner dekat rooftop. Syoknya uols masing-masing berselera makan sambil fefeeling. Makanan the halal guys tu pada kakak biasa-biasa je la kalau panas-panas mungkin akan lebih sedap. Taksalah mencuba kalau uols nak feeling-feeling new york hihi.




Malam tu kami ke Myeondong saja nak window shopping. What do you expect la kan kalau ke myeondong. Kakak cuma excited nak try street food je la lepastu menziarah kedai-kedai CD dekat underground shopping center tapi nan hado la beli sebab laki kakak tak kasi beli. Mujur la sebab kalau beli kakak nak buat apa je pun pastu mahal bedentum baik aku beli makanan kan. See?? kakak sudah matang tau.


Sunday, May 13, 2018

SEOUL KOREA PART 1: Arrival and AirBnB Guesthouse.

Assalamualaikum uols. Kakak datang lagi dengan kisah pengembaraan baru. Kali ni ke Seoul Korea bersama family juga. Apasal tah kalau trip dengan family je rajin nak update. Punya la banyak lagi story yang tertangguh. So sementara masih fresh lagi mari kita mengarang buat kenang kenangan.

Kita start dulu dengan dugaan sebelum bercuti. Biasa dah memang ada je la halangan. Mula dengan tak boleh cuti sebab baru naik gred lepastu tarikh pilihanraya tak tau bila pulak dah. Family kakak antara yang bersyukur hari mengundi jatuh hari rabu di kala rakyat malaysia mengecam pemilihan tarikh tu. Sebabnya sempat la kami balik mengundi kikiki. Tapi takpe syukur semua itu berjaya ditempuhi dan dah selamat balik dah pon tanpa sebarang dugaan besar dekat sana. Almaklumlah ade 11 orang ahli rombongannya cik kiah nak kena handle weh.

Pagi tu flight kami pukul 7.50 am. Seawal 2.30 pagi dah bertolak ke KLIA2 gile tak semangat *fitamm memang aim nak tidur dalam flight la. Alhamdulillah semua urusan check in imigresen semua tak ada masalah maka berlayarlah kami ke korea selatan selama 6 jam 30 minit *mangkorr.

Hamek ko berpinar mata adik kaunter nak verify dokumen satu-satu.

Gambar wajib ambil bila di atas sanun. 

Sampai di Incheon International Airport pukul 3.25 petang waktu tempatan alhamdulillah semua urusan dipermudahkan. Masing-masing dah makan dalam flight tadi so misi seterusnya nak cari penginapan pulak naik public transport. Ini kali kedua kakak ke Seoul pertama kali dulu masa tahun 2012. Trip tu merupakan trip oversea official pertama kakak tau. Kenangan sangat masa tu banyak betoi drama.
Lepas selesai ambil imigresen dan ambil beg kami menuju ke transportation line yang setentang dengan arrival hall nak cari subway AREX ke gongdeok station. Boleh juga ambil bas tapi kakak pilih subway la sebab yang tu paling dekat nak ke penginapa kami. Ikut je signboard transportation line tu dan jangan lupa beli dulu T-money sorang seketui dan topup. T-money kalau belum ada boleh beli dekat convinient store dan kalau dah pernah ada sebelum ni tinggal topup je la. Tmoney kakak yg berumur sejak 2012 tu masih boleh pakai lagi so aku tinggal topup je. Untuk permulaan kami topup dulu 20000 KRW dekat mesin yang ade dekat subway station tu.
Sampai sampai je terus cari cinta hati kakak si susu pisang enak.

Untuk ke guesthouse kami kena naik AREX all stop station sebab kena berhenti dekat Gongdeok station dan tukar ke line lain. Boleh juga ambil yang non-stop dan terus sampai ke Seoul Station. Beza masa tak banyak pun dalam 15-20 min je tapi beza wang ringgit banyak jugak kalau all stop hanya 4050KRW saja.

Perjalanan ke Gongdeok station memakan masa lebih kurang 1 jam dari Incheon Airport. Jenuh lenguh la lutut kakak ni dik tapi nasib baik depa tayang cerita Super TV dalam train hehehe. Lepas sampai di Gongdeok kami tukar satu lagi train untuk ke station yang dekat dengan Guesthouse iaitu Daeheung Station. Alhamdulillah masa ni aku tengok mak ayah aku ok je berjalan kaki turun naik subway seret beg. Memang kakak dah warn ahli rombongan awal-awal pergi korea ala-ala backpacking memang kena hadap la jalan jauh naik turun tangga pelbagai. Alhamdulillah diaorang ok je tapi tak boleh la nak rushing sangat serupa orang muda.

Nak cari guesthouse tu cukup senang sebab tuan rumah memang dah provide detail yang lengkap kami tinggal follow je kalau sesat jugak memang ko bebal dik. Masa sampai tu semua pon dah teruja sebab kawasan kejiranan tu sangat la tenang, lalu orang jual ikan, jual stroberi, lalu taman. Cuaca pula masa kami sampai lebih kurang 16deg. Semua pun cakap macam ni lepak area rumah je pon dah ok dah.

Guesthouse yg kakak book via AirBnB ni biasa la kakak book last minit. Sebab AirBnB ni kan strict sikit susah nak cancel sesuka hati. Sebelum ni banyak juga tempat kakak dah riki terutama area Seoul Station. Tapi dekat area tu rumah kecik bilik air satu harga sama je mahal berdentum. Alhamdulillah Allah rezekikan kami dapat stay rumah ni. Ade 5 bilik, 2 ruang tamu dua bilik air dan yang paling ko akan nganga dik rumah ni ada rooftop yachhh. Dapat la feeling korean sejati.

Ni la rumah kami. Best sangat uols.

Hari pertama berlalu macam tu saja la, gambar pon tak banyak yang nak di show off. Lepas dok meng'wow'kan rumah tu gaya jakun, malam tu kami masak simple-simple je dekat rumah, selain dari ulang alik convinient store 10 kali beli susu pisang, selebihnya rehatkan badan untuk menempuh perjalanan hari esok kateko....