Sunday, May 13, 2018

SEOUL KOREA PART 1: Arrival and AirBnB Guesthouse.

Assalamualaikum uols. Kakak datang lagi dengan kisah pengembaraan baru. Kali ni ke Seoul Korea bersama family juga. Apasal tah kalau trip dengan family je rajin nak update. Punya la banyak lagi story yang tertangguh. So sementara masih fresh lagi mari kita mengarang buat kenang kenangan.

Kita start dulu dengan dugaan sebelum bercuti. Biasa dah memang ada je la halangan. Mula dengan tak boleh cuti sebab baru naik gred lepastu tarikh pilihanraya tak tau bila pulak dah. Family kakak antara yang bersyukur hari mengundi jatuh hari rabu di kala rakyat malaysia mengecam pemilihan tarikh tu. Sebabnya sempat la kami balik mengundi kikiki. Tapi takpe syukur semua itu berjaya ditempuhi dan dah selamat balik dah pon tanpa sebarang dugaan besar dekat sana. Almaklumlah ade 11 orang ahli rombongannya cik kiah nak kena handle weh.

Pagi tu flight kami pukul 7.50 am. Seawal 2.30 pagi dah bertolak ke KLIA2 gile tak semangat *fitamm memang aim nak tidur dalam flight la. Alhamdulillah semua urusan check in imigresen semua tak ada masalah maka berlayarlah kami ke korea selatan selama 6 jam 30 minit *mangkorr.

Hamek ko berpinar mata adik kaunter nak verify dokumen satu-satu.

Gambar wajib ambil bila di atas sanun. 

Sampai di Incheon International Airport pukul 3.25 petang waktu tempatan alhamdulillah semua urusan dipermudahkan. Masing-masing dah makan dalam flight tadi so misi seterusnya nak cari penginapan pulak naik public transport. Ini kali kedua kakak ke Seoul pertama kali dulu masa tahun 2012. Trip tu merupakan trip oversea official pertama kakak tau. Kenangan sangat masa tu banyak betoi drama.
Lepas selesai ambil imigresen dan ambil beg kami menuju ke transportation line yang setentang dengan arrival hall nak cari subway AREX ke gongdeok station. Boleh juga ambil bas tapi kakak pilih subway la sebab yang tu paling dekat nak ke penginapa kami. Ikut je signboard transportation line tu dan jangan lupa beli dulu T-money sorang seketui dan topup. T-money kalau belum ada boleh beli dekat convinient store dan kalau dah pernah ada sebelum ni tinggal topup je la. Tmoney kakak yg berumur sejak 2012 tu masih boleh pakai lagi so aku tinggal topup je. Untuk permulaan kami topup dulu 20000 KRW dekat mesin yang ade dekat subway station tu.
Sampai sampai je terus cari cinta hati kakak si susu pisang enak.

Untuk ke guesthouse kami kena naik AREX all stop station sebab kena berhenti dekat Gongdeok station dan tukar ke line lain. Boleh juga ambil yang non-stop dan terus sampai ke Seoul Station. Beza masa tak banyak pun dalam 15-20 min je tapi beza wang ringgit banyak jugak kalau all stop hanya 4050KRW saja.

Perjalanan ke Gongdeok station memakan masa lebih kurang 1 jam dari Incheon Airport. Jenuh lenguh la lutut kakak ni dik tapi nasib baik depa tayang cerita Super TV dalam train hehehe. Lepas sampai di Gongdeok kami tukar satu lagi train untuk ke station yang dekat dengan Guesthouse iaitu Daeheung Station. Alhamdulillah masa ni aku tengok mak ayah aku ok je berjalan kaki turun naik subway seret beg. Memang kakak dah warn ahli rombongan awal-awal pergi korea ala-ala backpacking memang kena hadap la jalan jauh naik turun tangga pelbagai. Alhamdulillah diaorang ok je tapi tak boleh la nak rushing sangat serupa orang muda.

Nak cari guesthouse tu cukup senang sebab tuan rumah memang dah provide detail yang lengkap kami tinggal follow je kalau sesat jugak memang ko bebal dik. Masa sampai tu semua pon dah teruja sebab kawasan kejiranan tu sangat la tenang, lalu orang jual ikan, jual stroberi, lalu taman. Cuaca pula masa kami sampai lebih kurang 16deg. Semua pun cakap macam ni lepak area rumah je pon dah ok dah.

Guesthouse yg kakak book via AirBnB ni biasa la kakak book last minit. Sebab AirBnB ni kan strict sikit susah nak cancel sesuka hati. Sebelum ni banyak juga tempat kakak dah riki terutama area Seoul Station. Tapi dekat area tu rumah kecik bilik air satu harga sama je mahal berdentum. Alhamdulillah Allah rezekikan kami dapat stay rumah ni. Ade 5 bilik, 2 ruang tamu dua bilik air dan yang paling ko akan nganga dik rumah ni ada rooftop yachhh. Dapat la feeling korean sejati.

Ni la rumah kami. Best sangat uols.

Hari pertama berlalu macam tu saja la, gambar pon tak banyak yang nak di show off. Lepas dok meng'wow'kan rumah tu gaya jakun, malam tu kami masak simple-simple je dekat rumah, selain dari ulang alik convinient store 10 kali beli susu pisang, selebihnya rehatkan badan untuk menempuh perjalanan hari esok kateko....

No comments:

Post a Comment