Monday, April 13, 2015

SALAM NOODLES HOUSE CYBERJAYA

Hari ahad macam biasa la aktiviti laki bini...
tido masak makan tgk tv makan masak tgk tv tido balik
Takder plan nak g memane since tak jadi balik Melaka...
Pukul 12.30 mcm biase ade cite jalan jalan cari makan

Tunjuk 1 restaurant ni kat cyberjaya.
Waaaaaaaaaaa mcm sedap je mkn mee tarik
Kami suka mee dan benda sup supan
Pastu ada tunjuk mcm sate besaq gila

Petang tu berazam nak p makan sana since dh bosan dok umah
Time nak kluar tgk kat pesbuk kate ahad tutup!!!!!

#CHOI

Patu ckp ngn pizi takpela kite try tgk dulu sbb td dlm tv dia ckp bukak hari2
Kalau tutup g je la makan tempat lain.

Sampai sana
BUKAK n banyak gile org weh
Kedai ni kalau uols penah makan kat nasi arab Saba yg femes tu dekat area tu jugak, tp dekat kwasan bangunan baru CBD perdana 2. Lame tak jalan sini tau2 dekat depan Saba dah ade shopping complex name D'Pulze. Macam menarik sbb ade daiso. Nanti boleh try.

Area cyber tu mcm dilanggar todak je pun time weekend tp kedai tu penuh siap xde tempat duduk pun.

Konsep kat sini ala2 kopitiam jgk tp lepas isi form kne angkat vontot then g bayar trus kat kaunter.
Nak makan kat kedai ni memula isi form dulu.
Lepas tak berapa lama bayar tu makanan sampai. Air pulak free refill uols!!! mmg best sbb air mcm2 jgk. HArga kat sini takde la mahal mana standard je la sbb portion mee pon besar.

Ni menu iols mushroom beef soup noodles

Pizi makan braised beef potato noodles
Tapai part yang paling sedap adelah mutton sticks tu. Satu 2 hengget tp mmg berbaloi la kot. Besar jugak n daging lembut gile. Iols tak le makan pon mutton tp yg ni boleh la telan sebab rempah dia byk n hilangkan bau kurang enak daging. Time ni ayam dah habis so order ni je 5 cucuk. Tp pizi ckp tak puas, soh bli lg pastu dia ckp malas la nak tunggu. Tak pe nanti kite g lagi yer bang....

So far mee dia ok je la bagi iols sbb time tu iols tgh selesema so makan tak berasa sgt la...janji best sbb dpt hirup2 sup.

Lepas makan tu solat kat petronas jap then terus balik je le x g mane dh sbb mlm tu pizi nak tgk bola man u lawan man city huwaaaaa xdpt tgk tv.

No comments:

Post a Comment