Thursday, October 29, 2015

Trip Lace ke Medan day 1 part 1

                  Hadoi bukan besawang lagi dah blog kakak ni....dah tarap layak dilenyek lantas dilemparin ke jalanan udahla. Takpo la yang penting kakak nak cerita jugak pasal trip lace kakak ke medan baru baru ni. Trip ni agak last minit ye sebab beli tiket lagi 2 minggu nak pergi. Hobi kakak di masa lapang kan rub shoulder dengan website pak tony, so tengah browse tu tengok ade promo airasia go. Aku pun cepat cepat la roger partner in crime. Kebetulan jugak adik kakak dok kompang nak cari kain kenduri dia. Tapi time nak beli tu agak tragis ye. Bape kali duit debit kad kakak kena tolak tapi tetap unsuccesfull. Choi disitu. last nye kakak beli pakai kredit kad je senang. Memang dekat 3 hari aku kerjakan tiket tu memula memang nak give up tak jadi pegi dah. Lepas give up try lagi ko sampai berjaya. See??? Usaha tangga kejayaan hokeh. Tiket yang kitorang dapat agak murah la sorang bayar 160 je all in semua skali hotel pelbagai. Tiba hari untuk berlepas. 
                   Macam biasa la kalau laki kakak tak pegi dia akan jadi official supir. Kakak and ckin gerak seawal 6.00 pagi dari rumah. Flight kitorang pukul 8.40. Ira pulak dari rumah dia pagi tu pukul 6 lebih dah tercongok di airport. Takut kena tinggal punya pasal kikiki. Sampai airport jumpa ira and kitorang terus decide nak masuk walaupun awal lagi. Lapar le jugak tapi bajet kat dalam tu nanti ada la kedai roti kan. Hadoi nak menapak ke gate memang la jauh ya ampunnnnnn. Dah la sebijik kedai roti murahan pon nan hado kat situ. Yang ada dunkin donuts je. Sedeyyhhhh. Kitorang antara yang terawal tunggu kat situ. Mula mula macam cuak jugak la jadi ke trip ni sebab indon kan tengah jerebu. Tapi bila lama lama tunggu kat situ legaaa banyak acik acik buat rombongan jugak. So ok kot. Pukul 8.20 camtu kitorang dah boarding dah. Before boarding tu ira duduk kat sebelah makcik ni yang nak pegi meeting kat medan. Makcik tu siap nak offer nak tumpangkan kitorang lepas sampai nanti kalau kereta dia tak penuh kikiki. Flight ke medan tak lama pon. Me so likey. 45 minit je kot kakak rasa. Kejap je dah sampai. Kitorang landed dekat kualanamu airport around 8.30 am waktu medan. 

                   Sampai sampai ingat ada borang nak kena isi tapi macam takdo je. Semua terus beratur kat kaunter imigresen je. Lama siot beratur situ. Kaunter bukak 3 je. Dah la kne tunggu lama.Sedeyhhhh. lapar gile kot nak tunggu lepas tu hadoiii. Sampai kat imigresen alhamdulillah smooth je. kakak tak ucap selamat sore pon kat bapak imigresen tu takot kne sailang macam kak senduk kena kikikiki. Tapi diaorang ok je la. Ada gak tanya soalan sikit sikit bila nak balik pelbagai. keluar dari arrival hall kitorang decide nak naik teksi je pegi hotel. Sebab kalau naik train 80k rupiah sorang. Naik teksi meter maybe kurang dari 200k sekereta. 
                   Keluar keluar arrival hall je uols tak payah risau terus nampak kaunter taksi. Kaunter nak beli tiket train pon ade. Kitorang dibawa oleh agnes untuk ke taksi. Taksi dia adalah taksi kereta proton saga. Lepas letak beg semua taksi pon jalan le. Kakak cakap kat pak supir tu suruh hantar kitorang kat pajak ikan. On the way nak ke bandar medan dari kualanamu ambik masa around 45 minit jugak la. Tu pon pak supir dh bawak laju gila kot. Huhuhu. Kereta dah la buruk je rasa nak terbang terbang dalam tu. Punya la cuak dah mengucap ngucap dah kakak. Aku memang tak boleh orang bawak laju ni. 
                    Sepanjang jalan ke banadar medan tu jalan agak ok la. Awal awal ada divider jalan dua lane. Kiri kanan jalan banyak rumah rumah and kedai. lupa nak cakap naik taksi ni kita kena bayar tol sendiri ye. Bukan driver yang bayar. Harga tol dia tak mahal pon 3k rupiah sajork uols. Dalam 1ringgit lebih je duit kita. Tapi jalan ok je memang highway la. Why najib naikkan tol???? I kenot brain!!! Kami sampai hotel dekat pukul 10 camtu gak lam sampai sampai alhamdulillah dah boleh check in. Kena letak deposit 100k 1 bilik ye. Wifi laju banget. Pakej kami tak termasuk bfast. Kami stay kat hotel kesawan. Hotel ni betul betul belakang pajak ikan. Memang strategik la. Hotel ni so so je. Setakat nak tdo bersih bersih badan 1 malam apedehal kan.

Hotel Kesawan, betul betul betul belakang pajak ikan. Bangun tido terjun katil boleh pegi soping gitu.

Bangun tido terjun katil boleh pegi soping gitu.

Landmark hotel ni, depan restoren Tip Top 


Trip ni tak ambik banyak gambar, malas bercampur rensa.


No comments:

Post a Comment