Thursday, October 29, 2015

Trip Lace ke Medan day 2

Pagi pagi bangun lepas temenung atas katil. Siap siap mandi packing packing semua kitorang breakfast je biskut beli semalam. Tetibe dah rasa miskin. Semalam duit semua juta juta. Sedeyhhh. Plan kitorang pagi tu nak pergi istana maimoon. Ikut pembacaan kakak dekat je dengan hotel. Tapi kena naik becak jugak la. Tahan becak depan hotel dia mintak 15k rupiah. Kali ni tak muat naik 3 orang dalam tu. Ckin kena bonceng belakang pak supir. Sampai istana maimoon macam tak ramai orang lagi. Supir becak tu cakap dia tunggu je kitorang kat situ. Erkkk apsal dia kena tunggu kitorang tak suruh pun dia tunggu...krik krik krik... 
 Depan istana
                     Kitorang masuk dalam lepas bayar 5k rupiah sorang untuk entrance terus tuju kat tempat sewa pakaian ala2 istana tu. 10k rupiah je uols pakai sampai lebam. Tapi kakak menyesal sebab rosak imej kakak yang tak berapa nak ada ni. Lepas posing sana sini dengan baju tu kitorang keluar ambik gambar kat luar pulak.
No komen


Dalam ni so so je. 

                         Time ni usha tengok becak tu still ada kat situ. Kitorang pon decide nak pegi je la kat beca tu. Time nak keluar pintu pagar datang india mabuk mintak duit parking 10k rupiah. Adoiii bila masa pulak kitorang parking kat situ. Sibecak tu yang gigih kan nak tunggu. Kena lagi kitorang pagi tu. Since masih awal lagi time tu kitorang tanya becak tu kalau pegi pasar sentral ada apa? Dia ya ya je cakap macam macam ada baju bajan sume bagai. Kitorang pon cakap ok la g sane. Dia quote 45k rupiah g sana the balik hotel balik. Ok kan je la. Sampai sana sedeyh gile tengok tempat dia weh. Agak sunyi la sebab kedai banyak tutup ahad. Pastu macam buruk sangat kalah pasar ikan kat malaysia ni. Eeiiiiii kena tipu lagi tadi cakap macam macam ade bagai. Time tu jugak si becak tu cakap kat sini ahad tak de apa sangat kat pasar petisah yang banyak jual hari ahad. See permainan dia...soh pegi petisah pulak pastu ko up lagi la kan duit tambang. Malas nak layan kitorang cakap hantar je la balik hotel terus kitorang nak balik terus ni. Samapi kat area hotel kitorang bagi jela 50k rupiah walaupon tak ikhlas. Apa yang aku perati kat sini kalau nak naik becak ke taksi ke ape siap siap la duit tu biar tak yah ambik balance. Diaorang ni memang akan buat buat lupa nak pulangkan balance ye bajet macam kita halalkan je la yang lebih tu. Time kakak kat sun plaza pun hampir terkena time nak tukar duit tu dia taknak duit rm 10 20. Nak 50 je. Aku takda 50 bagi la 100. Lepas dapat duit tukar aku melangut tunggu rm50 aku balik dia buat buat lupa weh nak pulangkan. Nasib ingat nak ambil balik. 
                        Lepas turun becak tu supir tu mintak duit rm 1 pulak nak buat kenangan kata nya. Adik kakak bagi rm 1 yang ada koyak sikit pastu dia cakap nak tukar taknak yang koyak. Adik aku sembur la kata nak buat kenangan je salotep je la kalau koyak, kalau nak tukar pon laku lagi la. Kakak memang malas nak pecaya spesis2 camni. Kitorang jalan jalan je area pajak ikan tu ada jugak kedai yang bukak walaupun tak banyak. Beli lace lagi mihahahahaha. Pastu jumpa buah salak beli je. Jumpa lagi mamat jual telekung semalam. Beli lagi telekung tapi bayar pakai RM sebab dah tak cukup rupiah dah nak bayar airport tax nanti. Kitorang balik je hotel lepas tu cakap kat orang hotel tu nak gerak ke airport awal. 
                         Semalam mintak tolong orang hotel cari taksi ke airport dia cakap 170k rupiah satu kereta and kitorang je dalam tu. Ok jugak la kan. Dekat pukul 12 kitorang checkout walaupun asalnya nak gerak ke airport 2.00petang. Sebab kakak dah rensa duduk lama lama kat sini. asek kena sembelih je. Lepas checkout ambik deposit semua kitorang naik kereta. Suruh jalan tapi supir kata pukul 12 tepat baru jalan. Lepastu kitorang nampak orang hotel angkut beg orang lain masuk dalam kereta tu. Aik kata semalam kitorang je dalam kereta tu. Hari ni lain pulak. Kena kongsi pulak. Adoiiii kena lagi. Benci la aku dengan tempat ni. Masuk la pakcik n mak cik indon dalam tu. Mula mula supir tu suruh aku duduk depan bagi pakcik tu duduk dengan bini dia kat belakang. Heeeeiii takmo ye, aku masuk dulu aku nak dok dengan geng aku. Time balik tu malas nak tengok muka orang hotel tu sebab nyampah.
                        Sepanjang perjalanan kitorang dok dnegar je pak supir dengan pakcik tu besembang. Pakcik tu dari jakarta datang melawat bupati bupati sekitar medan. Kerja bahagian kemajuan pembangunan ke apa tah. Tapi memang insof la rasa macam dengar ceramah pon ada. ade part politaik agama and macam pakcik tu dok tarbiah pak supir. Kotorang dengar dengan teliti. Kakak siap rakam uols. Sebelum kereta jalan tadi kitorang dah pakai tak nak bayar 170k rupiah sebab kena kongsi. Tapi kitorang decide nak bg jela penuh malas nak gaduh lepas dengar ceramah dalam kereta tu kikiki ada la hikmah pak cik mak cik tu naik kereta sekali. 
                       Sampai airport tujuan utama nak makan tapi sebelum tu kena tukar duit la dulu. Lepas tu baru la dapat explore airport kualanamu ni. Cantik la jugak sebab baru kan. Kitorang makan kat kedai kalasan. Bangi kopitiam pun ade gak kat situ. Tapi kalasan ni nampak ramai orang. Biasa la makan kat sini nasi kecik gile porsi lepas tu ayam aneroxia. Ko ghase kenyang? Bercukur je la. Lepas makan banyak lagi masa kot huhu nasik baik kakak tak ambik lastflight which is 8.40 malam dik. Kalau tak melangut la kat indon tu hentak kaki nak balik. Dalam pukul 3 kitorang check in. Siap letak barang apa suma kitorang tanya la nak bayar airport tax nanti kat mana? Ko tau orang kaunter tu jawab apa? Mulai mac 2015 airport tax dah masuk dalam tiket dah, so dah tak payah bayar hokeyh!!! Adik aku excited siap cakap so boleh belanja lagi la ni? Huwaaaaaaa. Choi ade 200k rupiah lg ni kalau tau bli lace sepasang lg. 
Bolu meranti cheese coklat yang marvelos gilos. rugi beli satu je.

                     Bika ambon zulaikha ole ole khas medan. Tapi taksedap ya hampon. Memang tak boleh masuk kat tekak aku ni. Sadisssssssss dah la beli banyak.

                        Alang alang tak payah bayar tax kitorang nak pegi beli lagi bolu meranti senang tabur je kat opis nanti. Settle semua dalam pukul 4 camtu kitorang masuk la dalam. Lalu imigresen jumpa balik pegawai yang cop passport kitorang semalam. Dia cam lagi kitorang ni. beramah mesra la jap. Dia cakap kejap nye dah nak balik dah. Dalam hati aku kejap ko kata? Aku tak tahan nak balik dah Klo lagi lama lagi banyak la aku kena sembelih kat sini. Rensa. Diingatkan kat dalam ruang menunggu sebelum boarding takda toilet. Kalau nak kencing berak sila selesaikan siap siap. Kalau dah masuk nak keluar balik ko hadap la security check tu sekali lagi ye. 


Tempat menunggu dalam ni.

                   Tengah tunggu tu kitorang jumpa pakcik orang malaysia yang bali kg bini dia kat medan ni. Dok bercerita kat dia kisah kitorang kena tipu bagai. Dia pon join sekali mengutuk. Yang tak tahan bini dia yang memang orang medan tu pon mengutuk jugak tempat sendiri. Siap mamat belakang kitorang yang orang medan tu jugak join sekali. Depan belakang pakat join mengata. Ko mampoooo. Balik tu terus serbu as-salam nak makan nasi kandar ambik ayam yang paling besar. Sekian, entry yang tak banyak gambau. Jenuh baca bebelan aku je. 

No comments:

Post a Comment