Thursday, October 29, 2015

Trip Lace ke Medan day 2

Pagi pagi bangun lepas temenung atas katil. Siap siap mandi packing packing semua kitorang breakfast je biskut beli semalam. Tetibe dah rasa miskin. Semalam duit semua juta juta. Sedeyhhh. Plan kitorang pagi tu nak pergi istana maimoon. Ikut pembacaan kakak dekat je dengan hotel. Tapi kena naik becak jugak la. Tahan becak depan hotel dia mintak 15k rupiah. Kali ni tak muat naik 3 orang dalam tu. Ckin kena bonceng belakang pak supir. Sampai istana maimoon macam tak ramai orang lagi. Supir becak tu cakap dia tunggu je kitorang kat situ. Erkkk apsal dia kena tunggu kitorang tak suruh pun dia tunggu...krik krik krik... 
 Depan istana
                     Kitorang masuk dalam lepas bayar 5k rupiah sorang untuk entrance terus tuju kat tempat sewa pakaian ala2 istana tu. 10k rupiah je uols pakai sampai lebam. Tapi kakak menyesal sebab rosak imej kakak yang tak berapa nak ada ni. Lepas posing sana sini dengan baju tu kitorang keluar ambik gambar kat luar pulak.
No komen


Dalam ni so so je. 

                         Time ni usha tengok becak tu still ada kat situ. Kitorang pon decide nak pegi je la kat beca tu. Time nak keluar pintu pagar datang india mabuk mintak duit parking 10k rupiah. Adoiii bila masa pulak kitorang parking kat situ. Sibecak tu yang gigih kan nak tunggu. Kena lagi kitorang pagi tu. Since masih awal lagi time tu kitorang tanya becak tu kalau pegi pasar sentral ada apa? Dia ya ya je cakap macam macam ada baju bajan sume bagai. Kitorang pon cakap ok la g sane. Dia quote 45k rupiah g sana the balik hotel balik. Ok kan je la. Sampai sana sedeyh gile tengok tempat dia weh. Agak sunyi la sebab kedai banyak tutup ahad. Pastu macam buruk sangat kalah pasar ikan kat malaysia ni. Eeiiiiii kena tipu lagi tadi cakap macam macam ade bagai. Time tu jugak si becak tu cakap kat sini ahad tak de apa sangat kat pasar petisah yang banyak jual hari ahad. See permainan dia...soh pegi petisah pulak pastu ko up lagi la kan duit tambang. Malas nak layan kitorang cakap hantar je la balik hotel terus kitorang nak balik terus ni. Samapi kat area hotel kitorang bagi jela 50k rupiah walaupon tak ikhlas. Apa yang aku perati kat sini kalau nak naik becak ke taksi ke ape siap siap la duit tu biar tak yah ambik balance. Diaorang ni memang akan buat buat lupa nak pulangkan balance ye bajet macam kita halalkan je la yang lebih tu. Time kakak kat sun plaza pun hampir terkena time nak tukar duit tu dia taknak duit rm 10 20. Nak 50 je. Aku takda 50 bagi la 100. Lepas dapat duit tukar aku melangut tunggu rm50 aku balik dia buat buat lupa weh nak pulangkan. Nasib ingat nak ambil balik. 
                        Lepas turun becak tu supir tu mintak duit rm 1 pulak nak buat kenangan kata nya. Adik kakak bagi rm 1 yang ada koyak sikit pastu dia cakap nak tukar taknak yang koyak. Adik aku sembur la kata nak buat kenangan je salotep je la kalau koyak, kalau nak tukar pon laku lagi la. Kakak memang malas nak pecaya spesis2 camni. Kitorang jalan jalan je area pajak ikan tu ada jugak kedai yang bukak walaupun tak banyak. Beli lace lagi mihahahahaha. Pastu jumpa buah salak beli je. Jumpa lagi mamat jual telekung semalam. Beli lagi telekung tapi bayar pakai RM sebab dah tak cukup rupiah dah nak bayar airport tax nanti. Kitorang balik je hotel lepas tu cakap kat orang hotel tu nak gerak ke airport awal. 
                         Semalam mintak tolong orang hotel cari taksi ke airport dia cakap 170k rupiah satu kereta and kitorang je dalam tu. Ok jugak la kan. Dekat pukul 12 kitorang checkout walaupun asalnya nak gerak ke airport 2.00petang. Sebab kakak dah rensa duduk lama lama kat sini. asek kena sembelih je. Lepas checkout ambik deposit semua kitorang naik kereta. Suruh jalan tapi supir kata pukul 12 tepat baru jalan. Lepastu kitorang nampak orang hotel angkut beg orang lain masuk dalam kereta tu. Aik kata semalam kitorang je dalam kereta tu. Hari ni lain pulak. Kena kongsi pulak. Adoiiii kena lagi. Benci la aku dengan tempat ni. Masuk la pakcik n mak cik indon dalam tu. Mula mula supir tu suruh aku duduk depan bagi pakcik tu duduk dengan bini dia kat belakang. Heeeeiii takmo ye, aku masuk dulu aku nak dok dengan geng aku. Time balik tu malas nak tengok muka orang hotel tu sebab nyampah.
                        Sepanjang perjalanan kitorang dok dnegar je pak supir dengan pakcik tu besembang. Pakcik tu dari jakarta datang melawat bupati bupati sekitar medan. Kerja bahagian kemajuan pembangunan ke apa tah. Tapi memang insof la rasa macam dengar ceramah pon ada. ade part politaik agama and macam pakcik tu dok tarbiah pak supir. Kotorang dengar dengan teliti. Kakak siap rakam uols. Sebelum kereta jalan tadi kitorang dah pakai tak nak bayar 170k rupiah sebab kena kongsi. Tapi kitorang decide nak bg jela penuh malas nak gaduh lepas dengar ceramah dalam kereta tu kikiki ada la hikmah pak cik mak cik tu naik kereta sekali. 
                       Sampai airport tujuan utama nak makan tapi sebelum tu kena tukar duit la dulu. Lepas tu baru la dapat explore airport kualanamu ni. Cantik la jugak sebab baru kan. Kitorang makan kat kedai kalasan. Bangi kopitiam pun ade gak kat situ. Tapi kalasan ni nampak ramai orang. Biasa la makan kat sini nasi kecik gile porsi lepas tu ayam aneroxia. Ko ghase kenyang? Bercukur je la. Lepas makan banyak lagi masa kot huhu nasik baik kakak tak ambik lastflight which is 8.40 malam dik. Kalau tak melangut la kat indon tu hentak kaki nak balik. Dalam pukul 3 kitorang check in. Siap letak barang apa suma kitorang tanya la nak bayar airport tax nanti kat mana? Ko tau orang kaunter tu jawab apa? Mulai mac 2015 airport tax dah masuk dalam tiket dah, so dah tak payah bayar hokeyh!!! Adik aku excited siap cakap so boleh belanja lagi la ni? Huwaaaaaaa. Choi ade 200k rupiah lg ni kalau tau bli lace sepasang lg. 
Bolu meranti cheese coklat yang marvelos gilos. rugi beli satu je.

                     Bika ambon zulaikha ole ole khas medan. Tapi taksedap ya hampon. Memang tak boleh masuk kat tekak aku ni. Sadisssssssss dah la beli banyak.

                        Alang alang tak payah bayar tax kitorang nak pegi beli lagi bolu meranti senang tabur je kat opis nanti. Settle semua dalam pukul 4 camtu kitorang masuk la dalam. Lalu imigresen jumpa balik pegawai yang cop passport kitorang semalam. Dia cam lagi kitorang ni. beramah mesra la jap. Dia cakap kejap nye dah nak balik dah. Dalam hati aku kejap ko kata? Aku tak tahan nak balik dah Klo lagi lama lagi banyak la aku kena sembelih kat sini. Rensa. Diingatkan kat dalam ruang menunggu sebelum boarding takda toilet. Kalau nak kencing berak sila selesaikan siap siap. Kalau dah masuk nak keluar balik ko hadap la security check tu sekali lagi ye. 


Tempat menunggu dalam ni.

                   Tengah tunggu tu kitorang jumpa pakcik orang malaysia yang bali kg bini dia kat medan ni. Dok bercerita kat dia kisah kitorang kena tipu bagai. Dia pon join sekali mengutuk. Yang tak tahan bini dia yang memang orang medan tu pon mengutuk jugak tempat sendiri. Siap mamat belakang kitorang yang orang medan tu jugak join sekali. Depan belakang pakat join mengata. Ko mampoooo. Balik tu terus serbu as-salam nak makan nasi kandar ambik ayam yang paling besar. Sekian, entry yang tak banyak gambau. Jenuh baca bebelan aku je. 

Trip Lace ke Medan day 1 part 2

                Lepas letak beg apa semua kitorang pon nak mulakan la misi hewhewhew. Tapi sebelum tu nak mencekik dulu dik. Lapar gile tatau nak habaq dah ni. Tadi dalam taksi ada nampak restoran garuda kat simpang depan. Kitorang decide nak makan nasik padang kat situ je la.
 Ahli rombongan
Kami pilih 3 sajork

                  Malas nak cari lain dah. Lagipun kat indon memang tak verani la nak makan suka hati. Tak banyak yang kakak nak komen kat restoran garuda ni. Kat malaysia pon besepah cawangan dik. Masuk masuk je memang dah start seram sebab macam gaya nak santap kat istana kalau tengok bilik makan dia yang agak ekslusif tu. Kakak dah risau dah kena ketuk nanti. Kitorang ambik 3 lauk je ayam goreng ala ayam penyet, begedel 2 bijik dengan sayur lemak. Nasik semangkuk and air suam yang deme hulur tu je. memang seram nak order air lain sebab dalam menu tak tulis harga ko. Voleyyyhhhhh memang tak la aku nak order kan. Makan lauk lauk sedeyh camtu pon kena ketuk 165k hokeyhh. Tapi takpela alhamdulillah kenyang. Walaupooonn perut kakak dah start nak masuk angin, tapi angin berjaya diletupkan dengan air suam yang diaorang hidang tu.
                  Lepas makan kitorang jalan ke pajak ikan. Tempat dia memang ala2 jalan tar je. Kedai kedai camtu banyak banyak lorong. Open air la. Sampai je kitorang kat situ dah start kena kerumun. Kakak is rensa.1st stop kat kedai telekung. Time tengah sibuk2 belek telekung tu la jugak orang2 yang dok bejual ni suruh beli itu ini. Hooooiiii rensa sangat okeyhhh. Sangat tak tenang nak bejalan and tengon tengok barang. Kitorang teruskan berjalan tengok2 apa yang ada. Tapi memang tak boleh nak fokus sebab penjual2 ni mengekor je kemana sambil paksa paksa beli. Memang menyirap le kalau ikut hati memang nak tengking. Tapi sabaaaarr tempat orang ni. Skeri okeyyhh. Dah la semua laki. Banyak gila kain cantik cantik. Kain pesen songket bali ke apetah yang in sangat sekarang ni tu belambak gile. Kakak is geram. Tapi tak boleh nak belek lelame sebab rensa asyik kena ikut je.
                 Masa tengok tengok kain tu lalu depan ornag jual salak. Adik aku siap cakap kuat gile nak bagi aku dengar 'ha ni ayah suruh beli ni' sambil tunjuk buah salak tu. Orang jual tu ape lagi tiap kali kitorang lalu depan dia je dia dok kompang 'kan ayah suruh beli' banyak kali. Shadap u. Tau le aku nak beli nanti.


                  Stop kat satu kedai ni nampak macam mahal skit la. Adik kakak beli lace kat sini. Semeter 200k rupiah. Memang cantik gile la lace dia timbul memang nampak mahal la. Dia beli nak buat veil nikah. Time kitorang kat kedai ni ade sorang mamat jual magnet dgn keychain gigih ikut kitorang dari tadi lagi. Kitorang stop kat kedai dia tunggu depan kedai.

               


                   Lepas keluar dari kedai tu dia ikut kitorang dia cakap nak tunjuk kedai lace lagi murah dari kedai tadi. Punyala gigih dia nak tunjuk tapi kitorang macam takut takut nak ikut tak ikut jugak la dari jauh. Dia siap tahan kan kereta untuk kitorang melintas. Sampai dia bawak kat satu lorong tapi kitorang stop dah kat situ. Takut kot nak masuk lorong2 ni.

               Tengok2 kedai kat tepi lorong je kitorang pon masuk je la kedai tu. Kat sini la bermulanya royanan kitorang dekat lace. Gile murah la bagi kakak yangbtak penah beli lace seumur hidup ni. Time kakak kawen pun aku serah je kat tailor part lace ni. Lama gile kitorang kat kedai tu. Kakak dari tak nak beli lace terus ter join ira yang dah meroyan dari awal lagi.
Beli lace ni, ira pon bli jgk, aku yg tiru dia kekeke
Mur mur je

                    Tapi part yang aku rensa ada sorang pekerja ni asek nak lahar aku je. Mula mula time nak pilih lace tu.  Dia cakap kalau pakai kaler ni nampak la kurus sikit. Pastu dia cakap sebab aku gemok kena ambik 3 meter. Ok kakak sabar lagi time ni. Lepastu adik kakak nak beli kain matching untuk kawan2 dia. Dah sampai yang last2 tu tak cukup pulak. Dia nak bahagi 2 kain yang tak cukup tu. Pastu tetibe tuju kat aku dia kata kalau badan kecik cukup je nak buat baju, tapi kalau badan macam aku tak mungkin akan cukup. Hoi. Ko rensa tak kalau jadi kakak. Aku tak de cakap ape pon hokeyh. Diam je aku duk kat situ tetibe kena. Ko pahal kan. Memang kakak buat muka dah la time tu malas aku nak hadap muka dia dia bagi air and kerusi suruh duduk pun aku tak.pandang je. Time nak dah settle nak bayar tu dia cakap kat kakak sepasang je ke beli. Kakak sembur la dia balik kalau ikut nak beli sepuluh tapi sebab gemuk kan takut tak muat pulak nanti. Hambik ko. Muka dia dah tekulat kulat dah kat situ rasa besalah. Pegi meninggal.



                     Oh ye mamat yang follow kitorang tu masih hidup ye dia tunggu je kat depan kedai. Kitorang tanya kat orang kedai tu mana money changer, mamat tu gigih nak tolong tunjukkan. Sampai kat money changer tu sikit lagi je dah nak tutup. ek lehh depan hotel kitorang je pun. masuk dalam tu tetibe rasa macam tak jadi tukar sebab tulis situ we sell 357k camtu. Kitorang pon keluar la balik ingat mahal gile. Kat malaysia 309 je kot. Mamat penjual tu macam tak puas hati dia masuk tanyakan kat dalam. Rupenye kitorang dah salah paham. Takde la mahal macam yang kitorang tengok kat papan tu rupenye. Kakak pon xpaham diaorang kira macam mana. Tapi murah la. Rm306 dapat 1juta rupiah. Lepas tu kitorang decide nak putuskan hubungan dengan mamat penjual tu takut nanti terhutang budi banyak sangat kopak la hai. 

                    Sebagai membalas jasa dia kitorang nak beli la magnet dgn keychain dia jual tu. Tadi time dia duk ikut kitorang dia cakap satu plastik 10k rupiah. Tapi time kitorang nak beli tu dia cakap 10k rupiah tu untuk 1 magnet. 1 pelestik ade 8 so 80k rupiah la. Keling kan. nampak tak permainan depa ni. Lepas tawar tawar dapat la 60k rupiah seplestik. Lepas bye bye mamat tu kitorang pon naik hotel hantar barang. 
Bodyguard ada makna. Yang tak tahan tu time kitorang tgh deal nak beli magnet makcik mintak sedekah kat sebelah dah redi baldi nak kutip duit. #kodahkenape
                    Kitorang turun balik lepastu sebab nak beli telekung travel yang kitorang tengok mula mula tadi. Time ni kakak n ira baru rasa nak tukar duit. Tengok money changer dah tutup. Huhu rasain. Tetibe ade orang datang kat kitorang bagitau kat sana boleh boleh tukar duit meh le ikut dia. Hadoi..... nampak tak ape yang ko cakap kat sini semua orang pasang telinga. Kitorang tak tau la kenapa kitorang ikut jugak dia walau takut takut. Entahlaa. Dah kena mandrem ke hape. Sampai kat kedai tu tengok bederet senapang kat depan kedai. Kakak dah seram. Orang tadi tu tetap panggil panggil jugak. Huhu kakak n ira masuk jugak tapi ckin tunggu kat luar. Dalam kedai ade 3-4orang laki tengah main judi. Kedainya agak malap.Huwaaaa apa nak jadi dengan kitorang ni. Tapi kitorang tak jadi tukar pun sebab mahal gile gile kot. Terus rasa nak lari keluar. Ckin cakap time kitorang nak keluar tu semua laki dalam kedai tu pandang je....huwaaa takot nye....dah la.kedai senapang ko. 
                   On thee way nak pegi kedai telekung bederet gembel ikut kitorang dok mintak seringgit...hadek ingat kakak kaya macam siti nurhaliza ke. Smapai kat kedai telekung pilih telekung travel, telekung ni memang sangat best ye sebab kakak penah beli dulu di jakarta. Labuh and kain dia sedap pakai, tak jarang sangat. Last year beli kat tanah abang jakarta 100k rupiah camtu la. Sini dapat 65k rupiah sepasang. Time kat kedai telekung ni pon ade orang mintak sedekah dok ikut lagi tambah dengan penjual nye. Orang ni pakai whelchair ikut kitorang. Bila kitorang ignore tetibe je dia jerit kat kitorang 'pengkhianat malaysia!!!!' Erkk boleyhhhh??? Lantak ko la pakcik. Kitorang terus jalan depan lagi.
                    Sebab dah rensa sangat kitorang terus tuju ke kedai lace murah tadi je sebab mak kakak nak jugak lace macam kakak beli tu. Time ni memang tak dapat nak pandang kain dah sebab banyak orang dok ikut. Choiiii sangat okeyhhh. Aku nak beli kain bukan nak beli penyangkut tudung tempat simpan kasut keychain bagai korang jual tu!!! Kat mydin pun velanmbak!!!huhhhhh Lepas beli kat kedai.lace tu akibat kerensaan tahap dah naik kusta kitorang decide nak pegi sun plaza je la cari esteller. Mintak tolong orang hotel tahan becak. Dia cakap nak pegi balik sana sehala 15k rupiah je takkkan lebih. Kalau lebih cari becak lain. Lepas besempit sempit 3 orang dalam tu kitorang sampai dekat sun plaza dengan selamat. Terus cari kedai es teller 77. Heaven gile la dapat esteller kikiki. Ni je la tujuan kakak nak datang sini. Kakak order bakso sekali. Sedap gak la. Ckin punya nasi goreng paling sedap. Lepas makan kitorang jalan jalan dalam tu ingat nak cari kedai lace macam yang kakak baca dalam blog
Sesi riang ria naik becak

Lepas makan kitorang jalan jalan dalam tu ingat nak cari kedai lace macam yang kakak baca dalam blog kak senduk tapi nan hado pon. Buat patah pinggang turun naik tawaf mall tu je. Last last masuk hypermart bli air and biskut. Bli jugak green tea kepala jenggot ada orang pesan. Lepas tu lepak esteller 77 seround lg. Around pukul 7 macam tu decide nak pegi merdeka walk pulak.
 Tanya becak kat tempat kitorang turun tadi tu nak ke merdeka walk 25k rupiah sebab dia kata kena pusing2 jalan sehala bagai sebab tu mahal skit. Hanj tak. Nak sembelih kitorang le tu. Kitorang tanya becak2 belakang tu memula nak bagi 20k rupiah tapi kitorang cakap nak 15k jugak. Last last dia cakap ok la 17k rupiah ye. Malas nak pikir dah kitorang naik je la. takda maknanya nak kena pusing jalan sehala bagai okeh ko tu kan becak elok je boleh lalu lorong lorong. Kitorang diturunkan dekat area padang yang ada khemah2. Lepas bayar tu supir becak tu siap tunjuk pintu masuk kat depan. Kitorang pun jalan la tapi kakak rasa sedikit aneh disitu sebab gambar merdeka walk yang aku tengok kat internet tak sama pon macam padang sendu ni. Mane pegi kedai kedai makan ala2 bintang walk ittew. Ira tanya guard yang ada kat padang tu ni tempat apa. Sah kitorang kena kencing uols. Dia cakap merdeka walk depan lagi. Kena jalan kaki jauh jugak huhuhu. Vinats punya indon. Memang sakitnya tuh disini okeh kitorang kena jalan pulak dengan bawak biskut2 air mineral berat berat ni. Dah la nak lintas jalan susah. Tawakkal je la nasib baik ada orang melintas jugak kitorang ikut je la. 
Alhamdulillah sampai jugak bintang walk. Terus nak cari restoran nelayan yang orang cakap sedap tu. Kitorang duduk je kat situ terus datang waiter bekerumun lempar menu Ada yang siap bawak makanan2 live lagi tinggal pilih je. Hadoi pening okeh orang bekerumun sume tak nak kalah camni. Kitorang ambik nasi kucing, dimsum 2 jenis, ayam goreng dengan durian crepe. Kakak nak puji dimsum dengan durian crepe je. 
Wajib jumpa pintu gerbang ni ye barula berada di tempat yang betul.

Suasana merdeka walk


Dimsum memang marveluszzz. Teringat ingat sampai sekarang. Crepe pon same. Penuh isi durian dan krim gebu sesuai la dengan harga yang agak pricey tu. Nasi kucing tu ala2 nasi lemak je, tak payah ada pon tak pe.Total kitorang makan malam tu 141k rupiah. Ok sangat la sebab kenyang dan sedap. Lagi bebaloi dari nasi padang okeyhh. Lepas makan kitorang cari kedai amanda brownies yang ada area merdeka walk tu. Balik tu kitorang menapak je balik hotel. Nasib tak jauh sangat. Penat gile kot hari ni turun naik hotel ulang alik pajak ikan. Dengan kena tipu lagi. Hari pertama yang penuh drama. Tidur tak sedar ape dah.

Trip Lace ke Medan day 1 part 1

                  Hadoi bukan besawang lagi dah blog kakak ni....dah tarap layak dilenyek lantas dilemparin ke jalanan udahla. Takpo la yang penting kakak nak cerita jugak pasal trip lace kakak ke medan baru baru ni. Trip ni agak last minit ye sebab beli tiket lagi 2 minggu nak pergi. Hobi kakak di masa lapang kan rub shoulder dengan website pak tony, so tengah browse tu tengok ade promo airasia go. Aku pun cepat cepat la roger partner in crime. Kebetulan jugak adik kakak dok kompang nak cari kain kenduri dia. Tapi time nak beli tu agak tragis ye. Bape kali duit debit kad kakak kena tolak tapi tetap unsuccesfull. Choi disitu. last nye kakak beli pakai kredit kad je senang. Memang dekat 3 hari aku kerjakan tiket tu memula memang nak give up tak jadi pegi dah. Lepas give up try lagi ko sampai berjaya. See??? Usaha tangga kejayaan hokeh. Tiket yang kitorang dapat agak murah la sorang bayar 160 je all in semua skali hotel pelbagai. Tiba hari untuk berlepas. 
                   Macam biasa la kalau laki kakak tak pegi dia akan jadi official supir. Kakak and ckin gerak seawal 6.00 pagi dari rumah. Flight kitorang pukul 8.40. Ira pulak dari rumah dia pagi tu pukul 6 lebih dah tercongok di airport. Takut kena tinggal punya pasal kikiki. Sampai airport jumpa ira and kitorang terus decide nak masuk walaupun awal lagi. Lapar le jugak tapi bajet kat dalam tu nanti ada la kedai roti kan. Hadoi nak menapak ke gate memang la jauh ya ampunnnnnn. Dah la sebijik kedai roti murahan pon nan hado kat situ. Yang ada dunkin donuts je. Sedeyyhhhh. Kitorang antara yang terawal tunggu kat situ. Mula mula macam cuak jugak la jadi ke trip ni sebab indon kan tengah jerebu. Tapi bila lama lama tunggu kat situ legaaa banyak acik acik buat rombongan jugak. So ok kot. Pukul 8.20 camtu kitorang dah boarding dah. Before boarding tu ira duduk kat sebelah makcik ni yang nak pegi meeting kat medan. Makcik tu siap nak offer nak tumpangkan kitorang lepas sampai nanti kalau kereta dia tak penuh kikiki. Flight ke medan tak lama pon. Me so likey. 45 minit je kot kakak rasa. Kejap je dah sampai. Kitorang landed dekat kualanamu airport around 8.30 am waktu medan. 

                   Sampai sampai ingat ada borang nak kena isi tapi macam takdo je. Semua terus beratur kat kaunter imigresen je. Lama siot beratur situ. Kaunter bukak 3 je. Dah la kne tunggu lama.Sedeyhhhh. lapar gile kot nak tunggu lepas tu hadoiii. Sampai kat imigresen alhamdulillah smooth je. kakak tak ucap selamat sore pon kat bapak imigresen tu takot kne sailang macam kak senduk kena kikikiki. Tapi diaorang ok je la. Ada gak tanya soalan sikit sikit bila nak balik pelbagai. keluar dari arrival hall kitorang decide nak naik teksi je pegi hotel. Sebab kalau naik train 80k rupiah sorang. Naik teksi meter maybe kurang dari 200k sekereta. 
                   Keluar keluar arrival hall je uols tak payah risau terus nampak kaunter taksi. Kaunter nak beli tiket train pon ade. Kitorang dibawa oleh agnes untuk ke taksi. Taksi dia adalah taksi kereta proton saga. Lepas letak beg semua taksi pon jalan le. Kakak cakap kat pak supir tu suruh hantar kitorang kat pajak ikan. On the way nak ke bandar medan dari kualanamu ambik masa around 45 minit jugak la. Tu pon pak supir dh bawak laju gila kot. Huhuhu. Kereta dah la buruk je rasa nak terbang terbang dalam tu. Punya la cuak dah mengucap ngucap dah kakak. Aku memang tak boleh orang bawak laju ni. 
                    Sepanjang jalan ke banadar medan tu jalan agak ok la. Awal awal ada divider jalan dua lane. Kiri kanan jalan banyak rumah rumah and kedai. lupa nak cakap naik taksi ni kita kena bayar tol sendiri ye. Bukan driver yang bayar. Harga tol dia tak mahal pon 3k rupiah sajork uols. Dalam 1ringgit lebih je duit kita. Tapi jalan ok je memang highway la. Why najib naikkan tol???? I kenot brain!!! Kami sampai hotel dekat pukul 10 camtu gak lam sampai sampai alhamdulillah dah boleh check in. Kena letak deposit 100k 1 bilik ye. Wifi laju banget. Pakej kami tak termasuk bfast. Kami stay kat hotel kesawan. Hotel ni betul betul belakang pajak ikan. Memang strategik la. Hotel ni so so je. Setakat nak tdo bersih bersih badan 1 malam apedehal kan.

Hotel Kesawan, betul betul betul belakang pajak ikan. Bangun tido terjun katil boleh pegi soping gitu.

Bangun tido terjun katil boleh pegi soping gitu.

Landmark hotel ni, depan restoren Tip Top 


Trip ni tak ambik banyak gambar, malas bercampur rensa.